Sunday, October 25, 2009

Bala atau Bencana

sahabat sekalian..
3 bencana alam berlaku dalam tempoh masa seminggu sahaja pertamanya tsunami di Amerika, kedua ribut taufan di Manila dan baru2 ni di Sumatera Indonesia,
apakah bencana alam ni mengundang rasa keinsafan dihati kita? apakah bencana alam ni menjadikan kita lebih takut pada Allah? perkara ini perlu kita fikirkan bersama
kembali kepada penciptaan kita di bumi ini, diciptakan kita sebagai khalifah adalah untuk menjaga bumi ini dengan baik dan bukannya untuk merosakkanya.. maka apa yang telah berlaku adalah sebaliknya manusia telah merosakkan bumi ini dengan tangan2 mereka pelbagai kerosakan telah dilakukan antaranya menggondolkan gunung ganang, memusnahkan tumbuh2 han, membakar secara terbuka dan banyak lagi
apakah ini balasan manusia kepada pencipta?? selain itu maksiat semakin berleluasa kehidupan menusia kembali kepada zaman jahiliyah wanita dijadikan tempat melampiaskan hawa nafsu wanita dijadikan bahan2 iklan dan sebagainya hukum2 islam ditolak mentah rasuah semakin menjadi2...ini adalah atas sikap manusia itu sendiri
bagi penulis, bencana yang berlaku adalah bala dari Allah Allah murka dengan sifat manusia yang tamak dan rakus ini Allah ingin menyampaikan mesej kepada manusia dengan caraNYA tersendiri supaya manusia berfikir akan apa yang berlaku sesungguhnya apa yang telah berlaku ini adalah pengajaran bagi manusia negara2 jiran kita Malaysia seperti Manila, Sumatera dan Vietnam telah ditunjukkan bukti kekuasaan Allah.
apakah kita Malaysia tidak mahu mengambil pengajaran?? sama2 kita fikirkan apa yang telah berlaku walaupun Malaysia hanya terkena tempiasnya,tapi itu tidak bermakna Malaysia terlepas dari Bala Allah ini. nauzubillah...
sumber

No comments:

Post a Comment