Tuesday, August 10, 2010

Blog berpindah...

Sila ke kelabbalaiislam12.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan terkini kami.
Segala masalah sila emailkan ke kelabbalaiislam12@gmail.com.
Terima Kasih.

Tuesday, March 16, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamusakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah , di Lembah Uranah,Gunung Arafah)

Festival Nasyid 2010

Sunday, January 17, 2010

Pertandingan Bubur Asyura 2010


Bertemakan konsep 1 Malaysia, Pertandingan Bubur ‘Asyura 2010 merupakan pertandingan yang signifikan bagi mengenang peristiwa Hari ‘Asyura yang diraikan oleh umat Islam diseluruh dunia. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat di sekitar Universiti Malaya Kuala Lumpur. Pertandingan ini mempertaruhkan semangat berkumpulan dalam memastikan bubur ‘Asyura yang dimasak itu enak dan kemas dari sudut hiasannya. Bahan- bahan asas untuk masakan bubur ‘Asyura disedikan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lengkap sila layari http://frenster12.blogspot.com.

Atau hubungi Naufal ( 013- 3193648 )





Friday, January 8, 2010

3 perkara bermanfaat untuk dilakukan pada 1 Januari 2010

Pada hari tahun baru ni, ada beberapa perkara bermanfaat yang patut Anda lakukan supaya Anda dapat mengharugi tahun 2010 dengan jayanya.

Doa saya moga di tahun baru ini Anda beroleh bahagia, beroleh kejayaan serta menikmati bermacam-macam kegembiraan. Jangan terlalu leka dengan cuti di tahun baru, sebaliknya gunakan masa yang ada untuk:

1. Pasang tekad mahu membentuk diri menjadi seorang pemaaf.

Biar kita jadi seornag pemaaf setiap hari, dari pagi hingga ke malam, sepanjang 365 hari kita mengharungi hari-hari yang ada di dalam tahun 2010. Unutk apa kita nak bentuk diri jadi seorang yang pemaaf?

Kita akan jadi makin bersemangat, lantas bertindak dengan penuh semangat. Tiada lagi rasa malas, susah nak bangun pagi atau bertangguh-tangguh.

2. Pasang tekad untuk melatih diri supaya hormat pada semua orang.

Orang yang bermotivasi, dia tak pilih bulu. Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya tak pilih orang dalam kita bergaul. Jadilah air dan asap yang mengikut bentuk bekas yang diisi olehnya.

Sesuaikan diri Anda dengan orang yang Anda dampingi. Fahami sikapnya, perangainya dan cari cara cemana untuk Anda serasi dengannya. Hormatilah setiap orang yang Anda kenali, walaupun dia seorang yang berfikiran negatif ataupun panas baran.

3. Pasang tekad untuk mendahulukan orang lain dan jadi orang yang berguna.

Jika Anda sentiasa mendahulukan orang lain, Anda akan terasa ada perubahan berlaku dalam hidup Anda.

Perubahan pertama, Anda akan rasa gembira bahkan semakin gembira sebab anda rajin menolong orang.

Perubahan kedua, Anda semakin optimis dalam mengusahakan sesuatu yang belum pasti khususnya dalam usaha merealisasikan matlamat Anda.

Perubahan ketiga, Anda akan dapat berkawan dengan orang-orang yang berkemahiran tinggi, bos-bos berjawatan tinggi, golongan professional serta orang-orang pemurah ilmu. Orang camnilah yang kita nak cari supaya kita dapat ilmunya, supaya kita tahu cemana nak berjaya dalam apa yang kita usahakan.

Elak untuk mensia-siakan hari cuti di tahun baru dengan berhibur terlalu banyak. Didik diri Anda untuk tidak terlalu selesa dengan situasi santai yang sedia ada.

Saya suggest supaya gunakan masa yang ada untuk membaca buku-buku motivasi atau memikirkan strategi bagaimana untuk berjaya dalam hidup. Jika Anda memilih untukbersembang-sembang di hari cuti tahun baru, cakapkan perkara yang baik-baik sahaja, elak bercakap keburukan orang lain atau mentertawakan keaiban mereka kerana perbuatan sebegitu bahaya untuk tahap motivasi Anda.

iMotivasi dot kom